07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

6 Ogos 2025 | Pasir Gudang – Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Strategik Modal Insan Johor berbesar hati menyumbangkan 1 unit mesin VRTEX®️ 360 Compact, sebuah peranti Virtual Reality Welding Simulator bersaiz kecil dan mudah alih, kepada Bengkel Kimpalan Arka dan Gas, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Sumbangan bernilai RM187,000 ini adalah sebahagian daripada inisiatif Geran Peralatan kepada institusi pendidikan dan latihan, sebagai langkah strategik memperkasa kecekapan dan produktiviti dalam latihan kemahiran. Melalui teknologi simulasi realiti maya seperti VRTEX®️ 360 Compact, pelatih dapat menjalani latihan kimpalan dalam persekitaran maya yang selamat, interaktif dan menjimatkan kos bahan sebenar, sekaligus mempercepatkan penguasaan kemahiran kritikal secara praktikal dan efektif.

Kerjasama erat antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Unit Strategik Modal Insan Johor telah menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan inisiatif ini. Hubungan sinergi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem TVET Negeri Johor, khususnya dalam penyediaan latihan berteknologi tinggi yang menepati keperluan industri 4.0.

Inisiatif ini juga adalah selaras dengan matlamat Johor Talent Development Council (JTDC) untuk membangunkan modal insan negeri yang berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing global, dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi dan keperluan tenaga kerja masa depan.

Skip to content