07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 6 Ogos 2025, pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Darul Huffaz Johor dalam usaha menjalin kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Pihak ADTEC telah diwakili oleh Pn Norina binti Andang Pegawai dari Unit Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat, Tn Hj Noorazam bin Yaakob dari Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan serta seorang staf pelatih Cik Nabila Huda Binti Zaulkafari.

Ketibaan pihak ADTEC telah disambut mesra oleh pihak Akademi Darul Huffaz yang diketuai oleh

Ustaz Mohd. Nizam Bin Ismail, Pengarah Akademi bersama dua orang ustaz pengiring.

Perbincangan antara kedua belah pihak ini tertumpu kepada mempromosikan program latihan kemahiran ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai kepada pihak Akademi Darul Huffaz selain cadangan pelaksanaan program TVET Tahfiz untuk pelajar lepasan akademi yang berkelayakan. Perbincangan juga menyentuh mengenai penjelajahan potensi kerjasama jangka panjang antara kedua-dua institusi di masa-masa akan datang

Pihak Akademi Darul Huffaz telah menyatakan persetujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam menjayakan program TVET Tahfiz bersama pihak ADTEC dan satu Nota Kerjasama akan ditandatangani selepas ini. Langkah ini selari dengan usaha memperkasa modal insan berkemahiran tinggi dalam kalangan pelajar tahfiz.

Skip to content