6 Ogos 2025- ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai berkesempatan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan sempena Karnival Gempak Merdeka yang dianjurkan oleh JPKK Kg Baru Sri Aman dan Rangkaian, dengan kerjasama Ahli Majlis MPKu Zon Seelong.
Mesyuarat ini dihadiri oleh En Rafizal bin Ahmad Razi Ketua Kg Baru Sri Aman dan Rangkaian dan En Md Johan bin Jamian Setiausaha JPKK. Manakala pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai diwakili oleh Pn Norina binti Andang Pegawai dari Unit Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat, Tn Hj Noorazam bin Yaakob dari Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan serta seorang staf pelatih Cik Nabila Huda Binti Zaulkafari.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah penyertaan team konvoi motorsikal pengajar dan pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang serta penyertaan reruai pameran dalam karnival yang bakal berlangsung nanti. Pihak penganjur menyambut baik penyertaan ini dan akan menyediakan ruang pameran khusus serta menyusun aktiviti menarik kepada team konvoi motorsikal yang menyertainya bagi memeriahkan sambutan Gempak Merdeka 2025.
