ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai berbangga apabila Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus selaku pengarah kampus telah dijemput sebagai panel forum dalam Energy Talent Summit 2025 yang dianjurkan oleh Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) dan Petronas Berhad pada 6 Ogos 2025 bertempat di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Forum bertemakan “Membina Pekerja Mahir Mampan Untuk Masa Depan” ini menghimpunkan pelbagai agensi industri dan latihan kemahiran negara bagi membincangkan hala tuju pembangunan bakat dalam sektor tenaga.
Antara panel yang turut serta:
1. Sr Ahmad Farrin Mokhtar (CIDB)
2. Tuan Hilmy bin Hussain (JPDC)
3. Ir Ts Dr Aziyati binti Yusoff (CIAST)
4. Ts Azhar Ahmad (INSTEP)
Perkongsian yang dibawakan memberi fokus kepada:
Peranan TVET dalam mendepani transformasi tenaga
Kerjasama strategik antara industri dan institusi latihan
Penerapan teknologi & latihan berterusan
Peluang kerjaya dalam sektor tenaga mampan
Semoga penglibatan ini membuka ruang kolaborasi strategik antara ADTEC dan industri dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang relevan, lestari dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
