07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 7 Ogos 2025 – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengetuai simbolik pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor di perkarangan pagar utama kampus.

Program ringkas tetapi penuh semangat patriotik ini turut disertai oleh beberapa pegawai kanan dan staf institut sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh semangat kenegaraan dalam kalangan warga ADTEC. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kempen memperingati kemerdekaan dan menyemai rasa cinta kepada tanah air melalui pengibaran bendera kebangsaan serta negeri.

Mengangkat tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menzahirkan komitmen untuk memupuk nilai-nilai kemanusiaan, hormat-menghormati serta kebersamaan dalam kalangan warga kerja dan pelajar sejajar dengan aspirasi negara.

Skip to content