8 Ogos 2025 pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai menerima lawatan daripada En. Mohd Nazri B. Mahat mewakili Samtec Asia Pacific (M) Sdn Bhd.
Lawatan ini disambut oleh Pegawai CESS, Tc Megat Faizar, bagi membincangkan potensi kursus jangka pendek serta penempatan latihan industri pelajar.
Semoga perbincangan ini membuka ruang kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan pasaran semasa.
