Pada 8 Ogos 2025, satu kunjungan daripada Syarikat Sumi-Tech Scaffold System Sdn Bhd telah datang ADTEC JTM Kampus Senai. Pihak syarikat telah diwakili oleh Ir Ng Kian Seng selaku Pengarah Teknikal bersama En Chong Wee Jie selaku Pengurus Jualan. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh pengarah kampus Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus bersama Timbalan Pengarah Operasi, Tn Hj Zuraidy bin Kadir dan pegawai-pegawai dari Unit Komunikasi Korporat kampus.
Perjumpaan selama lebih sejam ini merupakan rentetan dari kunjungan pihak syarikat bertemu Ketua Pengarah JTM, YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha dalam cadangan pihak syarikat untuk menggunakan kemudahan yang ada di ILJTM dalam menjalankan kursus scaffolding.
Dalam pertemuan ini telah membincangkan cadangan pihak syarikat untuk menjadikan ADTEC JTM Kampus Senai sebagai salah satu pusat bertauliah bagi program Scaffolding bagi menampung permintaan kursus di zon selatan. Pihak kampus juga telah mencadangkan agar satu dokumen perjanjian ditandatangani serta ditubuhkan Akademi Scaffolding di kampus ini sebagai program jangka panjang bersama pihak syarikat. Pihak syarikat menyambut baik cadangan tersebut untuk dibincangkan bersama pihak pengurusan syarikat.
Semoga dengan perjumpaan ini menjadi satu titik permulaan bagi pihak kampus dalam menceburi bidang scaffolding di masa-masa akan datang. Ini juga merupakan peluang terbaik ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai dalam meluaskan bidang-bidang kemahiran yang boleh ditawarkan kepada pekerja industri di sekitar Johor.
