07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 9 Ogos 2025 – Seramai 31 orang pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Program Seminar Skuad Antidadah 2025 yang berlangsung di TMIYC Pasir Gudang.

Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor dengan objektif memperkenalkan entiti kesukarelawan Skuad Antidadah kepada komuniti serta menggalakkan lebih ramai individu menyertai skuad ini sebagai tanda sokongan. Selain itu, ia merupakan langkah intervensi awal bagi membendung penglibatan masyarakat dalam penyalahgunaan dadah dan memupuk gaya hidup sihat.

Turut hadir dalam seminar ini ialah peserta daripada pelbagai institusi termasuk Ahli Skuad Antidadah Daerah, ABIM, UiTM Pasir Gudang, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Vokasional, pelajar Tingkatan Enam Daerah Pasir Gudang, PEMADAM Negeri Johor, Persatuan Belia 4B dan belia setempat.

Antara pengisian seminar ialah ceramah bertajuk “Peranan Skuad Antidadah” yang disampaikan oleh Encik Haizarulnizam Bin Halim, Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Johor, dan ceramah “Peranan Pelajar dan Warga Pendidik IPT dalam Tangani Isu Penggunaan Dadah, Bahan, Nikotin dan Seumpamanya” oleh Tn. Hairulnizam Bin Paiman, Pegawai Psikologi OSCA Johor Bahru.

Selain itu, sesi brainstorming, pelan tindakan, dan soal jawab bertajuk “Skuad Perkasa, Dadah Binasa” telah dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Johor. Program diakhiri dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Ishak bin Hj Mohd Yusoff, Ahli Majlis MBPG Zon Cendana.

Dengan kesedaran, ilmu, dan semangat kesukarelawan yang dipupuk, setiap peserta diharap mampu menjadi agen perubahan yang berperanan dalam menyampaikan mesej pencegahan dadah kepada masyarakat.

Skip to content