10 Ogos 2025, Pihak Refzen (M) Sdn. Bhd. telah selesai membuat pemasangan papan tanda rasmi JTM-KUMAI Academy di Bengkel Kimpalan Arka dan Gas, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Program JTM-KUMAI Academy merupakan inisiatif kerjasama strategik antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Refzen (M) Sdn Bhd. melalui jenama KUMAI bagi menyediakan latihan kemahiran kimpalan bertaraf industri kepada pelajar sepenuh masa dan peserta latihan kursus jangka pendek. Melalui program ini, peserta akan memperoleh pendedahan teknologi terkini, latihan hands-on, serta peluang kerjaya dalam industri kimpalan profesional.
