07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Seminar Keusahawanan Mahasiswa (Jom Jumpa PROTÉGÉ) ini dianjurkan oleh Kementerian Keusahawanan & Koperasi (KUSKOP) pada 12 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor dengan misi memberi pendedahan, ilmu, dan inspirasi kepada mahasiswa untuk melangkah ke dunia keusahawanan Program ini diselaraskan oleh En. Perabakaran Marthava, selaku Penyelaras E-Keusahawanan dari Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan (JAPI), ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang

Majlis ilmu ini menggabungkan perkongsian pengetahuan, bengkel praktikal, dan sesi bimbingan langsung daripada pakar industri. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan tentang asas keusahawanan, termasuk langkah memulakan perniagaan dan proses pendaftaran sah di bawah SSM.

Disamping itu, program ini juga meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan strategi pemasaran digital yang efektif. Selain itu, ia memupuk keyakinan diri, semangat inovasi, serta daya saing mahasiswa. Ia juga menyediakan platform interaksi dan jaringan bersama usahawan berjaya sebagai inspirasi dan dorongan.

Penyertaan dalam program ini juga telah memberikan impak besar dan positif kepada para 128 orang pelajar serta 6 orang pegawai pengiring Ia selaras dengan aspirasi ILJTM untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, berpengetahuan luas, dan mahir dalam dunia keusahawanan

Lebih daripada sekadar seminar, pengalaman ini memperkukuh keyakinan diri, mengasah kemahiran praktikal, memperluas jaringan industri, serta melatih kepimpinan mahasiswa. Ia menjadi batu loncatan penting untuk mereka menghadapi cabaran masa depan dan menjadi pencetus inovasi yang mampu membawa perubahan.

Skip to content