07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 14 Ogos 2025 seramai 15 orang pelajar Teknologi Pembuatan Pemesinan Semester 2 telah menyertai program pendedahan industri dengan menghadiri Exhibition Of New Machine Model & Advance Technology Showcase anjuran Syarikat CK Mac Global Sdn Bhd bertempat di Taman Perindustrian Cemerlang Ulu Tiram Johor. Syarikat CK Mac telah berbesar hati menjemput pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi menghadiri pameran syarikat yang julung-julung kali diadakan bagi memperkenalkan produk dan teknologi terbaru mereka. Turut serta ke pameran ini ketua bahagian Teknologi Pembuatan Pemesinan, Ts Wan Zainah binti Wan Ismail dan pengajar pakar En Mohd Azrul bin Maslan.

Skip to content