07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Johor, Ustaz Muhammad Ammar bin Abdullah bersama Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Mohd Khamis bin Mohamad Sani pada 15 Ogos 2025.

Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, Timbalan Pengarah (Operasi), Tn Hj Zuraidy bin Kadir, serta Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, Tn Hj Noorazam bin Yaakob.

Antara intipati perbincangan 2 hala:

1. Penerangan mengenai peranan dan fungsi kolej serta YADIM.

2. Cadangan jalinan kerjasama menganjurkan Program Kem Kepimpinan dan Kenegaraan: Pemantapan Jati Diri Generasi TVET.

3. Perbincangan strategi memantapkan disiplin dan penghayatan keagamaan dalam kalangan pelajar ADTEC.

Pertemuan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua pihak. Semoga jalinan ini menjadi permulaan kepada pelbagai program bermanfaat demi pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar TVET di masa hadapan.

Skip to content