Pada 18 Ogos 2025 yang lalu, ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya menganjurkan program ceramah agama bersempena sambutan bulan kemerdekaan dengan tajuk “Merdeka Ruhani: Anak Muda Tonggak Keutuhan Negara”.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Muhammad Ariff bin Haron, yang menyampaikan pengisian penuh semangat dan menyentuh jiwa. Beliau menekankan bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi hakikat sebenar merdeka adalah apabila hati dan jiwa bebas daripada belenggu maksiat serta tunduk sepenuhnya kepada Allah SWT.
Anak muda diseru agar menjadi generasi yang beriman, berakhlak mulia serta mempunyai semangat juang tinggi dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. Kehadiran para pelajar serta warga kampus memberikan suasana yang penuh hikmah dan penghayatan.
