07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 18 Ogos 2025 telah berlangsungnya program kuliah fardhu ain bertajuk “Kemuliaan Saf: Tatacara & Tertib Solat Berjemaah” di Surau ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Kuliah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob memberi penekanan terhadap kepentingan membina saf dengan tertib, rapi dan sempurna ketika solat berjemaah.

Antara skop pengisian kuliah ialah:

✅ Cara melantik imam – syarat, adab dan tertib pemilihan imam solat.

✅ Cara pembinaan saf mengikut sunnah Rasulullah SAW – lurus, rapat dan tidak membiarkan ruang kosong.

✅ Tatacara saf jemaah wanita – kedudukan saf wanita berbanding saf lelaki, serta adab-adab khusus yang perlu dijaga.

✅ Kepentingan merapatkan saf sebagai lambang kesatuan hati dan ukhuwah.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga kampus dengan sesi soal jawab yang menghidupkan suasana serta menambah kefahaman para peserta.

Skip to content