18–21 Ogos 2025 – ADTEC JTM Pasir Gudang telah menganjurkan Pneumatic and Electro Pneumatic Training System 2025 bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang sebagai program in-house training, melibatkan 12 orang pengajar serta pembantu khidmat am daripada pelbagai bidang.
Kursus ini memberi pendedahan intensif kepada sistem kawalan pneumatik dan elektropneumatik industri, termasuk reka bentuk litar asas & lanjutan, integrasi komponen elektrik, troubleshooting, serta aplikasi automasi moden. Latihan ini dikendalikan oleh pengajar pakar, Mr. Manickam mewakili syarikat Nueron Sdn. Bhd, yang berpengalaman luas dalam bidang automasi dan sistem kawalan.
Program ini adalah bersempena dengan penerimaan peralatan baharu di Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (TPM) bagi menyokong peningkatan keupayaan latihan dan pemerkasaan kemahiran tenaga pengajar TVET. Usaha ini selaras dengan hasrat JTM memperkasa kompetensi warga ILJTM mengikut kehendak industri dan perkembangan IR 4.0.
