21 Ogos 2025 – Naib Canselor Universiti Limkokwing, Profesor Zanuldin bin Ahmad telah menyambut kehadiran Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama delegasi dalam satu lawatan muhibbah yang penuh mesra dan berinspirasi.
Delegasi ADTEC JTM berpeluang meninjau fasiliti canggih Universiti Limkokwing sambil bertukar pandangan mengenai peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa bidang latihan kemahiran, teknologi dan pembangunan modal insan.
Lawatan ini menjadi titik permulaan kepada jaringan kerjasama yang lebih erat dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk keperluan industri masa depan.
Pihak ADTEC JTM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Limkokwing atas sambutan mesra serta kesudian menerima kunjungan hormat ini.
“Menghubungkan Ilmu & Kemahiran, Membina Masa Depan”
