Pada 20 & 21 Ogos 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan sesi penilaian kompetensi dan verifikasi pengajar bidang kimpalan.
Pegawai verifikasi yang dilantik oleh Jawatankuasa Kepakaran Kimpalan ialah:
Hj. Abdul Rahim Bin Md Tahir
Azrul Hisam Bin Abd Aziz
Penilaian ini dijalankan bagi memastikan para pengajar kimpalan ADTEC JTM memiliki tahap kompetensi yang tinggi, khususnya dalam kemahiran kimpalan SMAW 6G, meliputi aspek teori dan amali.
Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan ADTEC JTM dalam memastikan kualiti pengajaran dan latihan sentiasa memenuhi piawaian industri serta melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan diyakini.
“Kualiti pengajar yang kompeten adalah asas kepada lahirnya pelatih yang cemerlang.”
