07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

22 Ogos 2025 | Delegasi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Ts. Eza binti Monzaid telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Urusan & Latihan Omron Electronics Sdn. Bhd. di Petaling Jaya.

Turut hadir dalam lawatan ini:

Hj. Zuraidy bin Kadir – Timbalan Pengarah Operasi

Penolong Pengarah CESS

Ketua Jabatan Mekanikal

Ketua Jabatan Subjek Umum

Ketua Bahagian Elektronik Industri

Pegawai-pegawai ADTEC JTM

Delegasi telah disambut mesra oleh En. Alvin Choi, Pengurus Jualan & Operasi Omron Electronics, sebelum dibawa melawat fasiliti serta menerima penerangan daripada En. Sharifuddin Mustar, Jurutera Omron, mengenai teknologi serta peralatan canggih keluaran Omron yang digunakan secara meluas dalam industri.

Lawatan ini membuka ruang kolaborasi strategik dalam bidang teknologi automasi serta memperkukuh hubungan industri bagi memperkasakan kemahiran pelajar ADTEC JTM.

Skip to content