07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 22 Ogos 2025 seramai 10 orang pengajar Adtec JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai program Perkongsian Kepakaran Industri-Flexible Manufacturing System yang diadakan di bengkel CNC Teknologi Pembuatan Pemesinan. Perkongsian selama 5 jam ini telah disampaikan oleh Cik Puteri Nurulain binti Rahimin yang merupakan Junior Engineer di Akar Indah Engineering Sdn. Bhd yang bertempat di Seremban Negeri Sembilan. Antara objektif program ini adalah memperkenalkan konsep asas FMS sebagai sistem pengeluaran yang fleksibel dan automatik, serta bagaimana ia menyokong keperluan pengeluaran yang berubah-ubah. Sebelum bertolak balik, penceramah yang juga bekas pelajar Teknologi Pembuatan Pemesinan CNC telah sudi meluangkan sedikit masa memberikan suntikan semangat dan kata-kata motivasi kepada pelajar-pelajar Teknologi Pembuatan Pemesinan semester 1 hingga 4 seramai 90 orang.

Skip to content