07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Alhamdulillah, pada 27 Ogos 2025, telah berlangsung dengan meriahnya Program Pahlawan Bangsa: Pameran Merdeka & Warisan Melayu yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bertempat di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di samping mengangkat warisan, sejarah dan jati diri bangsa Melayu. Antara acara utama yang dijalankan:

-Solat Hajat & Doa Selamat Perdana yang dipimpin oleh Presiden MPP, Saudara Mohd Syafiq bin Mohd Yusuf.
-Mini Forum: “Kemerdekaan dalam Kerangka Kehendak Allah”, menampilkan panel pelajar iaitu Saudara Muhamad Mustaqim bin Samsudin (Ketua Sekretariat Pelajar) dan Saudara Mohd Syafiq bin Mohd Yusuf (Presiden MPP).
-Pameran & Pertandingan yang dijalankan:
-Pameran persenjataan Melayu
-Pameran senjata zaman penjajahan Jepun
-Pameran replika tasbih para ulama Nusantara
-Pameran batu-batu permata
-Pertandingan tulisan Jawi
-Pertandingan deklamasi syair dan sajak
-Pertandingan gusti lengan Merdeka
-Pertandingan seni tari silat
-Pameran tokoh kemerdekaan
-Pameran “time frame” sejarah ketamadunan Melayu Nusantara
-Pameran sejarah penjajahan Portugis, British, Jepun, Komunis hingga terbentuknya Malaysia yang berdaulat

Lebih menarik, pameran ini dibentangkan sendiri oleh pelajar-pelajar senior ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, yang berjaya menzahirkan semangat kepahlawanan dan kecintaan terhadap warisan bangsa. Para pengunjung turut diberikan hadiah sebagai tarikan dan tanda penghargaan atas sokongan mereka.

Skip to content