Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan Ogos 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2025 di Bilik Seminar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan penuh semangat melalui nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor, dan Lagu Korporat JTM, diikuti dengan lafaz ikrar rukun negara serta bacaan doa.
Antara pengisian utama sepanjang program adalah Pembentangan laporan Latihan Sangkutan Industri (LSI) oleh pengajar-pengajar Elektrikal, Penyenggaraan Mekanikal, Pembuatan (Pemesinan) dan Automotif yang telah mengikuti LSI pada mac hingga Ogos 2025. Penolong Pegawai Tadbir, En Mohd Farid Bin Muslan juga turut menyampaikan Ttklimat berkaitan pengisian myPerformance kepada seluruh kakitangan yang hadir..
Selain itu, menyemarakkan rasa patriotik dan menghayati semangat kemerdekaan, satu tayangan video aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah diadakan. Warga kerja ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai turut bersemangat menyanyikan lagu yang evergreen iaitu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia, sambil mengibarkan bendera dengan penuh bangga.
Seterusnya tidak lengkap perhimpunan bulanan kakitangan tanpa amanat oleh Tuan Pengarah, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus. Tn Pengarah membuka bicara dengan ucapan sekalung tahniah dan rasa bangga beliau kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai atas pencapaian memenangi tempat ke-3 dalam Anugerah ADTEC JTM Terbaik yang telah diumumkan semasa Majlis Istiadat Konvokesyen ILJTM. Pengarah juga mengucapkan tahniah atas pencapaian lain seperti pertandingan robot, kelayakan ke peringkat Akhir WSMB Bidang Drone Operating dan kejayaan mengekalkan pentaulihan Accreditation Centre untuk persijilan OPITO. Selain itu, tuan pengarah menyeru agar seluruh warga kerja dan pelajar dapat mengekalkan momentum kerjasama yang ada ini agar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai kekal cemerlang
Selain itu, majlis turut diserikan dengan:
– Sesi pengenalan staf baharu – selamat datang ke keluarga besar ADTEC!
– Sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan Julai, Ogos & September – semoga terus diberi kesihatan dan kejayaan
– Cabutan bertuah – rezeki petang yang menceriakan suasana
– Jamuan makan – dijamu mesra sebelum bersurai
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga perhimpunan bulanan terus menjadi platform yang mengukuhkan semangat berpasukan, perkongsian maklumat dan kesejahteraan warga kerja.
