Batu Pahat, 28 Ogos 2025 – Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, selaku Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Pendidikan Tahfiz Al Jawahir dan Pengerusi Penasihat Teknikal (TAC) bagi Institut Kemahiran Al Jawahir (INTAKE) telah menghadiri dan memberi ucapan alu-aluan sempena Masjlis Konvokesyen Diploma TVET Senibina dan Sijil Kecemerlangan Tahfiz Kumpulan Pendidikan Tahfiz Al Quran Jawahir Al Ulum yang julung kali nye diadakan di Dewan Seri Nilam, ADTEC Batu Pahat.
Pada majlis ini juga, ADTEC JTM Pasir Gudang telah memeterai Kerjasama Strategik bersama Kumpulan Pendidikan Tahfiz Al Jawahir dalam memperkasakan bidang TVET dan akan memberi peluang kemahiran asas kepada pelajar Tahfiz Al Jawahir dalam bidang-bidang seperti elektrikal, automotif dan kimpalan.
Semoga kerjasama ini menjadi simbol integrasi ilmu Al Quran dan TVET serta pemangkin lahirnya generasi huffaz yang berkemahiran, berdaya saing dan berwawasan global.
