07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

28 Ogos 2025 – Malam ini berlangsung satu sesi makan malam yang penuh mesra di antara Dato’ Nur Hisham, Pengarah SRC Global bersama Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai.

Pertemuan ini bukan sekadar makan malam, tetapi turut menjadi platform penting untuk membincangkan potensi kolaborasi antara dua entiti dalam usaha membangunkan ekosistem TVET.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan program kerjasama latihan TVET yang mampu memberi manfaat besar kepada pelajar, graduan dan juga pihak industri.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing serta memperkukuh peranan TVET dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara.

Skip to content