07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan daripada Dato’ Nur Hisham, Pengarah SRC Global bersama pasukan beliau pada 29 Ogos 2025. Delegasi disambut oleh Timbalan Pengarah, Ts Eza Bt Monzaid, bersama Penolong Pengarah CESS, Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai CESS. Perbincangan tertumpu kepada potensi kolaborasi latihan TVET, diikuti dengan lawatan ke fasiliti latihan seperti Bengkel Kimpalan dan Pipe Fitter. Pihak ADTEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SRC Global atas kesudian mengadakan kunjungan ini. Semoga kerjasama yang bakal terjalin dapat memberi manfaat besar dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri.

Skip to content