07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Satu sesi simulasi pembelajaran secara kolaboratif telah berjaya dilaksanakan pada 29 Ogos 2025 (Jumaat) sebagai sebahagian daripada inisiatif Proof of Concept (POC) Bilik Kuliah Pintar & Digital TVET JTM Huawei, melibatkan 6 Kampus ADTEC JTM terpilih iaitu Kampus Senai, Kampus Pasir Gudang, Kampus Selandar, Kampus Pedas, Kampus Jerantut dan Kampus Perai.

ADTEC JTM Kampus Senai bertindak sebagai host utama, dengan menampilkan sesi pembelajaran teknikal secara Hybrid (Bersemuka dan atas talian) selama 1 Jam melalui platform Ulearning yang dikendalikan oleh Tc. Mohd Azri Fahmy Bin Hj. Azman, Pengajar Pakar Teknologi Elektronik Industri. Simulasi ini memberi tumpuan kepada topik dalam modul Embedded System Electronics Industry, merangkumi aspek teknikal dan aplikasi industri semasa.

Ts. Dr. Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, turut serta menyertai kelas koloboratif ini bagi melihat sendiri keupayaan dan merasai pengalaman penggunaan teknologi yang dibekalkan oleh Huawei sebagai salah satu medium ke arah pendigitalan JTM.

Penggunaan platform Ulearning sebagai salah satu model Learning Management System (LMS) yang dibekalkan bersama POC Huawei telah membuktikan keberkesanan teknologi bilik kuliah pintar dalam menyokong pembelajaran jarak jauh dan kolaboratif, selain memperkukuh interaksi antara pelajar dan tenaga pengajar dari pelbagai kampus secara serentak.

Inisiatif ini menjadi satu langkah penting dalam memperkasa pendigitalan TVET JTM, seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini dan keperluan industri.

Skip to content