Kampung Sinaran Baru, 3 September 2025 – Satu mesyuarat dan lawatan tapak bagi menilai kemajuan pelaksanaan projek di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani telah diadakan di Balai Raya Kampung Sinaran Baru. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ts. Hj. Mohd Yasir Bin Aziz.
Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Rafizal Bin Ahmad Razi, Ketua Kampung Baru Sri Aman, wakil jabatan, serta pihak kontraktor. Antara projek utama yang dibincangkan ialah:
Menurap Jalan: Lorong Durian 4, Lorong Mempelam & Lorong Nenas
Menaik Taraf Longkang: Blok B, Kampung Pemuda Jaya & Surau An-Nur
Menaik Taraf Balai Raya: Kampung Sinaran Baru
Membina Dewan Serbaguna: Kampung Tawakal
Sehingga kini, kemajuan keseluruhan projek telah dilaksanakan dengan baik serta mengikut jadual yang ditetapkan. Keseluruhan projek dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober 2025.
Pelaksanaan projek ini dijangka memberi pelbagai kesan positif kepada penduduk setempat, antaranya:
Meningkatkan kualiti hidup melalui kemudahan asas yang lebih baik dan selesa.
Menambah baik sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
Menyediakan kemudahan komuniti untuk aktiviti sosial, kebudayaan, dan keagamaan.
