07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Hari ini 4 Sept 2025, delegasi daripada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah mengadakan lawatan ke SMK Kangkar Pulai. Rombongan ADTEC telah disambut mesra oleh Pengetua, Tuan Aziz bin Musa, bersama barisan Guru Penolong Kanan serta guru-guru TVET sekolah berkenaan.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam membangunkan bidang TVET, khususnya bagi memberi pendedahan awal dan peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk melibatkan diri dalam pendidikan teknikal dan vokasional.

Pada kesempatan tersebut, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, turut menandatangani Nota Kerjasama bersama Pengetua SMK Kangkar Pulai, sebagai simbolik menjalin kolaborasi rasmi dalam memperkukuh pendidikan TVET di peringkat sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah atas sambutan mesra dan kesudian bersama-sama menjayakan usaha ini. Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat demi melahirkan generasi pelapis berkemahiran tinggi.

Skip to content