07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

8 September 2025 (Isnin), ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan KURSUS PROTOKOL, ETIKET SOSIAL DAN PENGURUSAN MAJLIS bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai ILJTM serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam aspek protokol rasmi, etiket sosial, serta pengurusan majlis secara sistematik dan profesional. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Puan Norashikin binti Johar, yang merupakan Perunding Latihan Kanan dari INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS).

Objektif Kursus

  • Memberi pendedahan berkaitan tatacara protokol dalam majlis rasmi.  
  • Memahami etiket sosial dalam urusan kerja dan hubungan profesional.  
  • Meningkatkan kebolehan merancang dan mengurus majlis secara berkesan.

Antara topik utama yang telah disampaikan adalah:

  • Prinsip asas protokol dan etiket majlis rasmi 
  • Pengurusan tetamu kehormat  
  • Susunan tempat duduk (seating arrangement)
  • Etiket berpakaian & komunikasi rasmi  
  • Penyediaan atur cara majlis
  • Simulasi Pengurusan majlis

Seramai 64 orang orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai ADTEC JTM Wilayah Selatan iaitu dari Kampus Pasir Gudang &Senai, Kampus Batu Pahat,Kampus Tangkak dan Kampus Mersing serta wakil MPP ADTEC Kampus Pasir Gudang telah menyertai kursus ini.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan dalam menguruskan protokol, etiket sosial serta pengurusan majlis rasmi mengikut tatacara yang betul. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab jabatan pada masa akan datang.

Skip to content