Pada 9 September 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan daripada wakil Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang diketuai oleh:
Pn. Rosliza Che Wahab (Manager Competency & Talent Development)
En. Zulkarnain Salim (Technical Specialist)
En. Nizam Ibrahim (Technical Specialist)
Kehadiran mereka telah disambut oleh Pegawai CESS, Tc Megat Faizar. Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan potensi program kerjasama di antara PTP dan ADTEC khususnya dalam bidang Kompetensi, Pembangunan Bakat (Talent Development) dan Kursus Jangka Pendek (KJP).
Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan strategik dalam usaha memperkukuh ekosistem TVET serta melahirkan tenaga mahir yang bersedia menyokong keperluan industri pelabuhan negara.
