Pada 10 September 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan daripada pihak GP Battery Sdn Bhd yang diwakili oleh:
- En. Christopher William – Timbalan Pengarah Sumber Manusia
- Dr. Eric Chia – Senior Operation Malaysia & Vietnam
- En. Suhaily – PIE Manager
- En. Azrul – Engineering Manager
- En. Rosdin – Senior Engineer Technical
Ketibaan mereka disambut oleh Pegawai CESS, Tc Megat Faizar. Lawatan ini diisi dengan taklimat kerjaya serta sesi temuduga kepada para pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Terima kasih diucapkan kepada pihak GP Battery Sdn Bhd atas sokongan dan peluang yang diberikan kepada pelajar kami. Semoga kerjasama ini terus mengukuhkan hubungan industri dan membuka lebih banyak ruang kerjaya dalam bidang TVET.
