07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus telah menghadiri Green Mobility Innovation Summit yang berlangsung pada 8 – 9 September 2025 bertempat di Imperial Hotel, Kuching, Sarawak. Persidangan bertemakan “Driving the Future: Talent, Innovation & Sustainability in Green Mobility” yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA), serta Sarawak Skills.

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, inovasi teknologi, tadbir urus dan kerjasama global dalam usaha memperkukuh agenda mobiliti hijau yang mampan. Kehadiran Pengarah ADTEC JTM Pasir Gudang mencerminkan komitmen ADTEC JTM dalam menyokong aspirasi serantau ke arah pengangkutan lestari, pengurangan karbon, serta kelestarian alam sekitar melalui pendidikan dan latihan TVET.

Skip to content