Tarikh Audit: 10 – 11 September 2025
Pegawai Audit :
- En. Abd. Rahman Bin Ramli (Executive, TVET Management, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS – INSTEP)
- En. Wan Ahmad Abqari Wan Rosli (VISTA Technician, TVET Management, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS – INSTEP)
Skop Audit meliputi aspek berikut:
- Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE)
- Penyelenggaraan peralatan latihan
- Pelaksanaan latihan di bengkel
- Semakan inventori peralatan & bahan latihan
Pengauditan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan oleh wakil dari Program Pipe Fitter iaitu Pn Suraya Binti Idris dan En Riduan Bin Mahmood manakala bagi Program Advanced 6G Welding diwakili oleh En Mohd Shukeri Bin Shamsuddin, En Syed Mohd Shukri Bin Syed Idris dan Mohd Sohaimi Bin Mohd. Pengauditan bagi Program Advance Pipe Fitter dan Program Advanced 6G Welding pada telah dilaksanakan pada 10/9/2025.
Secara umumnya pengauditan telah berjalan dengan lancar, pihak Auditor juga memberi gambaran positif terhadap tahap pengurusan Latihan, kemudahan bengkel dan Pematuhan HSE. Beberapa cadangan penambahbaikan dan isu-isu berbangkit juga telah dibincangkan bersama dalam memastikan keberkesanaan program serta kesinambungan standard latihan teknikal dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan.
