07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 11 September 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah menerima lawatan daripada EPG DATA CENTRE MODULE SDN BHD. Delegasi syarikat yang diketuai oleh HR Manager, Ms Shirley telah mengadakan sesi taklimat kerjaya bersama para pelajar. Sesi ini memberi pendedahan berkaitan hala tuju kerjaya dalam bidang teknologi pusat data serta peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat kepada graduan.

Selain itu, pihak syarikat juga berkongsi pengalaman industri dan keperluan kemahiran semasa yang sangat berguna sebagai panduan kepada para pelajar dalam merancang masa depan kerjaya mereka.

Lawatan ini telah disambut oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Faizar. Pihak ADTEC JTM merakamkan ucapan terima kasih kepada EPG Data Centre Module Sdn Bhd atas kesudian berkongsi ilmu, peluang serta membuka ruang kerjasama strategik di masa hadapan.

Skip to content