07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 11 September 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah dijemput menghadiri sesi perbincangan bersama Geortek Intelligent Engineering yang berlangsung di pejabat SMI Negeri Johor. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah wakil daripada IRDA, PERKESO, UTHM, UTM, UiTM, Politeknik Ibrahim Sultan serta ADTEC JTM Kampus Tangkak. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Herman bin Raban, dengan fokus kepada kolaborasi strategik antara syarikat serta pusat latihan dalam usaha membuka peluang penempatan pelajar bekerja di industri.

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai diwakili oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Faizar. Dalam kesempatan ini juga, pihak ADTEC menjemput syarikat untuk mengadakan lawatan muhibbah ke kampus sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama. Kolaborasi ini diharap memberi manfaat besar kepada pelajar serta menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan industri.

Skip to content