Program ini dianjurkan oleh Unit Moral Jabatan Akademik Pembangunan Insan, ADTEC JTM Pasir Gudang dan Senai pada 12 September 2025 (12.45 tgh – 2.00 ptg) bertujuan untuk peralihan paradigma para pelajar menghadapi kehidupan mereka sebagai pelajar ADTEC JTM. Sesi ini telah dijalankan secara bersemuka bertempat di Huawei Classroom, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang hibrid bersama pelajar di Kampus Senai bagi membina keyakinan diri serta memupuk nilai moral dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Sesi motivasi telah disampaikan oleh Puan Punitha Bangaraiyah, yang berkongsi pengalaman, kata-kata semangat serta penekanan terhadap kepentingan sahsiah diri. Program berjalan dengan interaktif, melibatkan pelajar secara langsung melalui perbincangan dan aktiviti ringkas.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi impak positif kepada pelajar, meningkatkan kesedaran tentang nilai moral serta memotivasikan mereka untuk lebih berdisiplin dan berdaya saing. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Puan Punitha Bangaraiyah serta semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Program ini selaras dengan aspirasi ADTEC iaitu “Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan.”
