Pasir Gudang, 17 September – Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Program OPITO dari Kampus Kota Kinabalu diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Nor Mohamad bin Sulong bersama Ketua Jabatan Elektrik Elektronik dan Ketua Jabatan Mekanikal Pengeluaran kampus tersebut bertujuan meninjau pengurusan guna habis, susunan silibus, jadual pembelajaran dan kaedah pengambilan pelajar bagi program OPITO di Kampus Pasir Gudang.
Melalui lawatan tersebut, kedua-dua kampus dapat bertukar-tukar fikiran serta pandangan bagi status pelaksanaan merangkumi perancangan dan persediaan kompetensi pengajar, kaedah penilaian dan pembelajaran OPITO, fasiliti dan juga peralatan berdasarkan keperluan program OPITO termasuk peruntukan kewangan yang terlibat sepanjang pelaksanaan program tersebut.
