07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Delegasi dari ADTEC diketuai oleh Tn. Hj. Zuraidy bin Kadir (Timbalan Pengarah Operasi), Ketua Jabatan, Penolong Pengarah CESS dan Ketua Bahagian IE, IP & TPM telah melawat ke SAMTEC ASIA PACIFIC (M) SDN. BHD pada 17 September 2025.

Delegasi disambut mesra oleh barisan pengurusan SAMTEC:
Mr. Fabian Er Kim Par – HR Regional Director
Mr. David Gurtz – Plant Manager
Mr. Jeff Ibrahim – Plant Manager
En. Mohd Nazri Bin Mahat – Learning & Development Manager
En. Saiful Adli Ismail – Engineering Manager
Cik Zuain dah Abd Wahab – Technical Trainer

Dalam lawatan ini, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai peluang kerjasama latihan dan kursus jangka pendek yang berpotensi memberi manfaat kepada pelajar, industri serta tenaga kerja mahir di Johor.

Delegasi ADTEC turut diberi peluang melawat fasiliti SAMTEC dan melihat secara dekat operasi syarikat, termasuk teknologi serta amalan terbaik yang diguna pakai. Lawatan ini menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh hubungan industri serta menyokong agenda pembangunan bakat selaras dengan keperluan semasa pasaran kerja.

Skip to content