07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 17 & 18 September 2025 – Pihak Pengurusan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tabung Haji Negeri Johor atas sumbangan melalui Program Pendaftaran TH Khairat kepada pelajar-pelajar asnaf/B40 yang terpilih. Menerusi program ini, seramai 81 orang pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berjaya didaftarkan sebagai pendeposit TH di bawah skim TH Khairat yang ditawarkan.

TH Khairat merupakan pelan perlindungan Takaful sukarela yang memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal & menyeluruh kepada pendeposit. Manfaat utama: Perlindungan takaful sebanyak RM12,000. Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelajar membuat simpanan awal di TH, malah turut memberi jaminan perlindungan masa depan untuk mereka dan keluarga.

Pihak ADTEC JTM amat menghargai usaha dan keprihatinan TH Negeri Johor yang sentiasa komited menyokong pelajar asnaf/B40. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi agar lebih ramai pelajar menerima manfaat.

Skip to content