ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima lawatan daripada pihak Vertiv (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Senior Manager HRBP, Puan Komalam (Hiring PIC) dan En. Kapsa Vlastimil (Production Manager) pada 18 September 2025
Lawatan ini telah disambut oleh Pegawai CESS ADTEC JTM, dengan perbincangan berfokus kepada kerjasama latihan TVET serta peluang pengambilan pelajar bagi memenuhi keperluan industri.
Kolaborasi strategik ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kepada pelajar dalam aspek pembangunan kemahiran, latihan praktikal dan penempatan kerjaya.
