07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 18 September 2025, pihak CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dijemput untuk menghadiri sesi perbincangan bersama wakil Pejabat Parlimen Pasir Gudang. Sesi ini telah diadakan bersama En. Murad bin Jailani, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pasir Gudang dan En. Aidi Rafizul bin Idrus, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Pasir Gudang.

Perbincangan tertumpu kepada peranan pihak Parlimen Pasir Gudang dalam membantu belia lepasan SPM serta belia yang tercicir dalam pelajaran untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Usaha ini diharap dapat menjadi laluan kepada mereka untuk menempatkan diri dalam industri, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi. Pihak Parlimen Pasir Gudang juga telah bersetuju untuk membantu mempromosikan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, selain memberi pendedahan mengenai bidang TVET kepada komuniti setempat. Di samping itu, mereka turut mencadangkan agar kursus-kursus jangka pendek dirangka khusus bagi belia yang tercicir dalam pelajaran.

Semoga dengan peranan yang dimainkan oleh pihak Parlimen Pasir Gudang ini, belia-belia di kawasan tersebut tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Melalui kerjasama strategik ini, diharapkan peluang pengajian dan kemahiran dapat diperluaskan, sekali gus memperkukuhkan agenda TVET serta meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat.

Skip to content