Pada 22 – 26 September 2025 bertempat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, telah berlangsung Program Kemahiran Kimpalan dengan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia hasil kerjasama Akademi Kumai.
Seramai 6 orang pegawai dan anggota PDRM telah dipilih mengikuti latihan ini sebagai usaha meningkatkan kecekapan serta penguasaan kemahiran teknikal dalam bidang kimpalan.
Majlis pembukaan program telah disempurnakan oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, bersama-sama Ketua Bahagian Kimpalan, yang turut memberikan kata alu-aluan serta penekanan terhadap kepentingan latihan berterusan dalam melahirkan tenaga mahir berdaya saing.
Latihan ini dijalankan sepenuhnya oleh tenaga pengajar ADTEC yang kompeten dan bertauliah, menggunakan fasiliti bengkel kimpalan yang lengkap serta memenuhi piawaian industri.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal kepada peserta, malah mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara ADTEC JTM dan PDRM dalam agenda pembangunan modal insan serta menyokong aspirasi negara ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang TVET.
