ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima lawatan daripada RS8 Engineering Services Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En. Syamsul Andrie bin Shabudin (Pengurus Besar), bersama pasukan beliau pada 23 September 2025. Rombongan disambut oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, seterusnya dibawa melawat fasiliti serta kemudahan di kampus.
Dalam lawatan ini, pihak syarikat turut mengadakan sesi temuduga bersama pelajar semester akhir dalam bidang TPM bagi tujuan penempatan latihan industri, serta membuka peluang pekerjaan kepada graduan ADTEC. Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan industri dan institusi, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan bakat TVET.
