23–24 September 2025 – Bahagian TPM telah menganjurkan Kursus Safety Valve Bench Tester melibatkan seramai 7 orang pengajar di bawah bidang Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.
Kursus ini memberi pendedahan teori dan praktikal mengenai fungsi serta aplikasi safety valve, prosedur pengujian, kalibrasi dan troubleshooting menggunakan bench tester. Peserta turut diberi latihan secara hands-on dalam pengujian dan pelarasan safety valve mengikut piawaian industri, dengan penekanan terhadap aspek keselamatan semasa mengendalikan peralatan bertekanan.
Program ini diharap dapat meningkatkan kompetensi pengajar serta memperkukuh kualiti latihan TVET dalam bidang Mekanikal dan OGSE, selaras dengan keperluan industri semasa.
