07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Kg Sinaran Baru, 24 September 2025 – Program Kampung Angkat Madani (KAM) dan inisiatif KAM-TVET OJT (On-the-Job Training) telah berjaya melaksanakan kerja pemasangan 4 unit penyamanan udara di Balai Raya Kampung Sinaran Baru, Skudai, pada 23 hingga 24 September 2025. Projek ini, yang dijalankan di bawah inisiatif KAM-TVET OJT, bertujuan untuk menyokong pembangunan kemahiran teknikal pelajar sambil menyumbang kepada kemudahan infrastruktur komuniti.

Seramai 9 pelajar dari ADTEC JTM Kampus Senai yang diketuai oleh En. Mohd Qayyum, Ketua Bahagian Tek. Elektronik Industri serta dibantu Pembantu Kemahiran, En. Mohamad Ghazali dan En. Nor Badrulsyam telah terlibat secara langsung dalam pemasangan 4 unit penyamanan udara inverter 2.5HP yang dilengkapi dengan sistem kawalan pintar (smart control). Kerja-kerja ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan di balai raya, tetapi juga memberikan pendedahan berharga kepada pelajar dalam bidang teknologi penyaman udara dan sistem kawalan moden.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan komuniti tempatan melalui penyediaan infrastruktur yang lebih baik, sambil melatih pelajar dengan kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan industri. Projek ini memberi manfaat dua hala – komuniti mendapat kemudahan baru, dan pelajar ADTEC JTM mendapat pengalaman kerja sebenar.

Inisiatif KAM-TVET OJT ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memajukan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta pembangunan komuniti melalui kerjasama strategik antara institusi latihan kemahiran dan masyarakat setempat.

Skip to content