07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Kulai, 25 September 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput untuk menyertai Pameran Program Eksplorasi Pendidikan Inspirasi Kerjaya (EPPIK) 2025 yang dianjurkan oleh SMK Bukit Batu, Kulai. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya masa depan.

Bagi menyokong usaha ini, ADTEC JTM telah menghantar Team Teknologi Elektronik Industri yang diketuai oleh Tc. Mohd Azri Fahmy bin Hj. Azman bersama empat (4) orang pelajar. Pelbagai pengisian menarik telah dipamerkan termasuk demonstrasi robot dan aktiviti interaktif lain yang berjaya menarik minat murid serta pengunjung.

Melalui penyertaan ini, pihak kampus berharap dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk meneroka bidang kemahiran serta menjadikan pendidikan teknikal dan vokasional sebagai pilihan utama dalam membina masa depan.

Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Bukit Batu di atas jemputan serta ruang kolaborasi ini. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti setempat.

Skip to content