ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada En. Amier Haziq Bin Roslan, Eksekutif Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran, KCJ Engineering Sdn. Bhd. bersama pasukan beliau pada 25 September 2025.
Rombongan syarikat telah disambut mesra oleh Pegawai CESS ADTEC. Perbincangan yang diadakan memberi tumpuan kepada kolaborasi strategik melibatkan:
-Penempatan pekerjaan pelajar ADTEC ke industri
-Penganjuran kursus jangka pendek
-Pengukuhan kerjasama TVET selari dengan keperluan semasa industri
Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang amat menghargai dan merakamkan ucapan terima kasih kepada KCJ Engineering Sdn. Bhd. atas kesudian mengadakan lawatan serta membincangkan peluang kerjasama bersama pihak kami.
Semoga jaringan strategik ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa akan datang.
