07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan sukacitanya menerima kunjungan YDH. ACP Hj Pozlan Bin Hj Ibrahim, Timbalan Komanden Maktab Teknik Polis, sempena Majlis Penutup Kursus Kimpalan 5 Hari yang berlangsung pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg. Ts. Dr. Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, diikuti ucapan penutup rasmi oleh YDH. ACP Hj Pozlan. Turut diadakan adalah penyampaian sijil & cenderamata kepada para peserta kursus yang telah berjaya menamatkan latihan intensif ini.

Hadirin turut berpeluang menyaksikan tayangan video ringkas perjalanan kursus, diikuti sesi jamuan ringan serta ramah mesra bersama peserta dan warga ADTEC. Majlis diteruskan dengan lawatan ke Makmal VR Welding Simulator, di mana tetamu kehormat berkesempatan melihat demonstrasi penggunaan teknologi VR Welding oleh pelatih.

Program ini bukan sahaja menandakan penutup kursus, tetapi juga memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara ADTEC JTM dan Maktab Teknik Polis dalam memperkasa bidang TVET, khususnya dalam kemahiran kimpalan.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kerjaya masing-masing.

Skip to content