07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 26 Sept 2025 seramai 8 orang pengajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengikuti kursus TOT Mesin Laser Cutter. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri dan diadakan di ADTEC JTM Kampus Senai serta disampaikan oleh salah seorang tenaga pakar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang iaitu En Mohd Zahari bin Ramli.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi dan aplikasi mesin Laser Cutter, meningkatkan kemahiran peserta dalam pengendalian mesin dengan selamat dan berkesan, memahami asas penyelenggaraan mesin dan langkah keselamatan dan menguasai asas perisian (software) untuk menghasilkan reka bentuk yang sesuai dipotong atau diukir menggunakan Laser Cutter.

Kursus ini telah memberi manfaat kepada peserta dari segi teori dan amali. Ia bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal, malah membuka peluang untuk diaplikasikan dalam bidang industri kreatif, pendidikan, dan pembuatan.

Skip to content