07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sukacita dimaklumkan bahawa ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dilantik sebagai Urusetia Pasukan Bola Sepak KESUMA Negeri Johor. Pada 25 September 2025, sesi pemilihan pemain telah diadakan bertempat di Padang Bola Sepak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Seramai 27 orang pemain daripada pelbagai agensi di bawah KESUMA Negeri Johor telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini. Antara agensi yang terlibat ialah:

  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  • Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • PERKESO
  • ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang
  • ADTEC JTM Kampus Mersing
  • ADTEC JTM Kampus Batu Pahat
  • ADTEC JTM Kampus Tangkak

Sesi pemilihan ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Shukor Bin Saad, seorang jurulatih berpengalaman luas dalam arena bola sepak di Negeri Johor dan masih aktif dalam bidang kejurulatihan sekitar Pasir Gudang.

Semoga pemain yang telah dipilih dapat memberikan komitmen terbaik demi memastikan kemenangan menjadi milik Negeri Johor dalam kejohanan KESUMA akan datang.

Skip to content