07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bersama Unit Jalinan Industri JTM telah mengadakan lawatan industri ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 26 September 2025. Delegasi ADTEC telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan, Pn Eza binti Monzaid bersama Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran, Ketua Jabatan Akademi dan Pembangunan Insan, Ketua Bahagian Penyenggaraan Mekanikal, Penolong Pengarah CESS serta wakil Unit Jalinan Industri, En. Syafiq bin Ab Wahab. Ketibaan pihak ADTEC telah disambut mesra oleh Pn. Rosliza Che Wahab, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pembelajaran, bersama-sama En. Zulkarnain Salim dan En. Nizam Ibrahim yang merupakan Technical Specialist di PTP.

Setibanya di sana, delegasi telah dibawa meninjau ke kawasan operasi pelabuhan serta berpeluang menaiki kren bagi melihat secara dekat bagaimana proses operasi pemunggahan kontena dari pelabuhan ke kapal yang menggunakan teknologi moden dan sistem operasi bertaraf antarabangsa dilakukan.

Hasil daripada perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang utama, antaranya:

• Pelaksanaan latihan teknikal Port Equipment Maintenance secara sepenuh masa di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
• Penganjuran program latihan teknikal melalui kaedah Akademi dalam Industri (ADI).
• Menandatangani Nota Kerjasama antara ADTEC dan PTP, serta MoU antara pihak PTP dan JTM.

Bagi memastikan pelaksanaan kerjasama ini berjalan lancar, kedua-dua pihak turut menetapkan sesi perbincangan susulan dalam masa terdekat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas atas sambutan mesra dan komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama strategik ini membuka ruang lebih luas dalam memperkukuh ekosistem TVET, khususnya dalam bidang penyelenggaraan peralatan di pelabuhan, serta melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.

Skip to content